Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Thursday, May 6, 2010

Kalkulator, Buku dan Teh

Inilah Old Town White Coffe di Jalan Tun Bendahara, Melaka yang bersebelahan dgn Mercedes Benz showroom. Unik kan?..

saya, ms. blair and ms. F telah pergi ke tempat ini pada siang hari tadi. bermula dengan kelewatan bangun tidur, dan terus sahaja lapar, dan niat mahu belajar untuk final exam tetapi tidak tahu ala tuju. mula mula na study di library uitm KBM. pastu, nak study kat McD. pastu selepas beberapa perkara telah difikirkan, kami pergi ke Old Town sahaja.


apa yang dilakukan disana?
pertama >>>>> MAKAN!

 makan apa?
saya makan nasi lemak
ms. blair makan mee goreng
ms. F mkn french fries.

yes, cik carrot kekeringan idea ni sebenarnya.
apa apa pun, da kenyang makan, bermulalah marathon membuka buku dan menekan kalkulator.

xhi mun tea,
teh tarik panas,
teh tarik sejuk,
makanan da masuk perut!

ms. blair dan ms. F


.cik carrot aka tuan punya blog ni.

jadinya lama jugak la kami di sana. dari jam 5 sampai kul 9 mlm. sampaikan saya pun naik pening. tapi so far oklah stdy kat situ, sbb perot dapat di isi dan org pun tak ramai. sekarang ni pun old town nak pekerja, ada vacancy,
sebelum balik tu sempat lah juga saya tanya pasal vacancy tu, sbb niat di hati nak wat part time sbb biasalah org miskin, xda duit dan kenalah cari duit. kan? haha

tisu!
bukan resepi tetapi menu.

colgate dan sabun dove??!

yang last picture ni, colgate dan dove ni, tiada di jual di old town ya? jangan plak sesekali cuba pergi old town dan order sebiji colgate dan sebuku sabun dove! yang ni lepas kami blah dari old town, kitorg g dinner kat food court seblah hotel bayview (dekat dekat area old town tu jugak), pastu saya punya stok ubat gigi and sabun da hbs...so, g bli kat kedai runcit dekat food court tu.

p/s: tiada duit, jadi beli barang murah je.

Friday, December 18, 2009

Civic and Manners


(Berlaku pada awal tahun 2009)

P
ada beberapa hari yang lepas, saya dan seorang kawan yang bernama lynn pergi ke mc donald di kerteh untuk mengisi perot yang sudah berkeroncong dengan galaknya. bukan encik galak seperti dalam cerita gerak khas itu ya. galak di sini bermaksud rancak.

setelah sampai ke destinasi tersebut. haruslah kami terus menuju ke kaunter untuk memesan makanan. agak lama la jugak kami berdua berbincang untuk memutuskan apa yang harus dimakan kerana semuanya nampak sedap sedap belaka. adatlah, apabila kita sudah lapar, rasanya mcm semua makanan pun bisa ditelan. nafsu!

akhirnya kami memesan double cheeseburger set untuk saya dan lynn inginkan bubur ayam mcD. habis saja meratah makanan tersebut dengan rakusnya, niat di hati mahu pulang saja ke kampus tetapi terasa seperti apple pie memanggil saya. maka dengan itu, saya menuju ke kaunter untuk beratur kali kedua.

di hadapan kami ada tiga orang pelajar UiTM. dan di belakang, ada sepasang pasangan melayu yang memiliki dua nak kecil yang comel. di belakang mereka pula ada sepasang cina. sedang kakak yang memiliki dua orang anak tersebut melayan karenah anaknya (beliau tidak di dalam barisan), tiba tiba, suaminya memanggilnya kerana sang suami tidak dapat menahan punding kencing. selepas, sang suami pergi menunaikan hajatnya, si isteri menggantikan tempatnya. disusuli pula lelaki kepada pasangan cina pergi ke tandas dan digantikan oleh pasangannya.

secara tiba tiba, cina perempuan itu datang beratur di hadapan saya. saya pada mulanya agak terkejut tetapi membiarkan saja.malas nak cari pasal. kemudian, si isteri menegur saya " bukan dia beratur di belakang ke?", saya pula hanya menjwab," allahualam lah kak" dan mebiarkan sahaja.

si isteri tersebut pula menegur cina tersebut "excuse me, i think you have to queue". dan cina itu memarahinya si isteri tadi. dengan selambanya si cina itu terus memesan makanannya

Macam macam perangai manusia sekarang. kita hidup pada zaman yang bertamadun. tetapi bertamadunkah kita??

"NO CIVIC, NO MANNERS" - kata kata akhir si isteri