Friday, December 18, 2009

Civic and Manners


(Berlaku pada awal tahun 2009)

P
ada beberapa hari yang lepas, saya dan seorang kawan yang bernama lynn pergi ke mc donald di kerteh untuk mengisi perot yang sudah berkeroncong dengan galaknya. bukan encik galak seperti dalam cerita gerak khas itu ya. galak di sini bermaksud rancak.

setelah sampai ke destinasi tersebut. haruslah kami terus menuju ke kaunter untuk memesan makanan. agak lama la jugak kami berdua berbincang untuk memutuskan apa yang harus dimakan kerana semuanya nampak sedap sedap belaka. adatlah, apabila kita sudah lapar, rasanya mcm semua makanan pun bisa ditelan. nafsu!

akhirnya kami memesan double cheeseburger set untuk saya dan lynn inginkan bubur ayam mcD. habis saja meratah makanan tersebut dengan rakusnya, niat di hati mahu pulang saja ke kampus tetapi terasa seperti apple pie memanggil saya. maka dengan itu, saya menuju ke kaunter untuk beratur kali kedua.

di hadapan kami ada tiga orang pelajar UiTM. dan di belakang, ada sepasang pasangan melayu yang memiliki dua nak kecil yang comel. di belakang mereka pula ada sepasang cina. sedang kakak yang memiliki dua orang anak tersebut melayan karenah anaknya (beliau tidak di dalam barisan), tiba tiba, suaminya memanggilnya kerana sang suami tidak dapat menahan punding kencing. selepas, sang suami pergi menunaikan hajatnya, si isteri menggantikan tempatnya. disusuli pula lelaki kepada pasangan cina pergi ke tandas dan digantikan oleh pasangannya.

secara tiba tiba, cina perempuan itu datang beratur di hadapan saya. saya pada mulanya agak terkejut tetapi membiarkan saja.malas nak cari pasal. kemudian, si isteri menegur saya " bukan dia beratur di belakang ke?", saya pula hanya menjwab," allahualam lah kak" dan mebiarkan sahaja.

si isteri tersebut pula menegur cina tersebut "excuse me, i think you have to queue". dan cina itu memarahinya si isteri tadi. dengan selambanya si cina itu terus memesan makanannya

Macam macam perangai manusia sekarang. kita hidup pada zaman yang bertamadun. tetapi bertamadunkah kita??

"NO CIVIC, NO MANNERS" - kata kata akhir si isteri

No comments:

Post a Comment