Wednesday, December 16, 2009

Tik Tok Detik

Hanya beberapa jam lagi.
Jam 5 petang. Gemuruh dan tertanya - tanya. Agaknya, apalah keputusannya nanti.

Finance/ Operation Management/ International Business/ Economics ?

Ada sesetengah pihak mengatakan pilihan pertama akan saya dapat. Mengikut statistik.
Tetapi apa apa pun boleh berlaku, bak kata orang orang tua, rezeki kita tak boleh nak jangka.

Walaubagaimana pun, apa pun keputusannya, saya terima sahaja. Asalkan saya dapat sambung belajar dan memegang segulung ijazah setelah tiga tahun setengah saya tempuhi untuk mendapatkan segulung diploma.

Sepanjang kehidupan saya di UiTM Dungun, pelbagai rupa, bentuk dan perangai saya temui, pelbagai cabaran juga. Tapi, melalui semua itu dapat mendewasa kan saya (buat masa ini). Masih banyak lagi perkara saya perlu belajar.

Ilmu itu seluas lautan. Tanpa had.

No comments:

Post a Comment